Alhamdulillah.....21 - 23 April Selesai sudah KM1M pada kali ini..Terima kasih kepada pihak pentadbir, guru-guru dan semua kakitangan SKBB dalam mencapai objektif KM1M...Baru dapat update kerana kekangan masa...
Pelbagai aktiviti telah diadakan selama 3 hari ini. Di antaranya persembahan bercerita Bahasa Malayu, Bercerita Agama, Bacaan lancar Bahasa Inggeris, Action Song, Nasyid,Berbalas pantun Kuiz dan 5 Minit Bersama Buku selepas aktiviti PdP.
Dengan adanya program seperti ini, ianya dapat mencungkil dan mengasah bakat murid-murid yang terpendam contohnya dalam aktiviti bercerita, berbalas pantun dan sebagainya. Murid-murid begitu teruja menyaksikan persembahan ini...
In Sha Allah di lain masa kita akan rancang aktiviti yang lebih mencabar kerana kita tahu murid-murid SKBB mampu malaksanakannya..
Followers
Monday, 27 April 2015
Monday, 20 April 2015
Kerja berpasukan...satu kemestian!
Selasa 21 April 2015
Salam Sejahtera..Berentry lagi di pagi ini.Topik yang ingin dibincangkan mengenai kerja berpasukan yang secara tidak langsung menjadi nadi utama dalam setiap organisasi yang ingin digerakkan. Tidak timbul siapa yang lebih kerja dan siapa yang kurang komitmen dalam tugasan yang diberikan. Peranan Ketua sebagai pemudahbicara dan perancang utama dilihat sebagai indikator yang utama dalam menentukan sesuatu program itu berjaya dirancangkan atau terbengkalai.
Secara ringkasnya kerja berpasukan merujuk kepada pekerja yang bekerja dalam satu kumpulan yang sering bekerjasama dan menjalankan tugas secara berganding bahu bagi mencapai matlamat pasukan. Sebuah pasukan terdiri daripada gabungan sebilangan individu yang mempunyai kompetensi yang saling bergantung iaitu dari segi keupayaan, kepakaran, kemahiran dan pengatahuan serta mempunyai akauntabiliti dan komitmen terhadap prestasi pasukan serta bersedia melaksanakan tugasan secara bersama. Antara ciri2 sebuah pasukan adalah:
Melalui kerja berpasukan, organisasi dapat meningkatkan hasil tanpa meningkatkan sumber kerana kerja berpasukan melibatkan gabungan usaha, pengatahuan, kemahiran dan kebolehan yang dapat menghasilkan prestasi kerja yang lebih tinggi berbanding jika dilakukan secara bersendirian. Lapan nilai2 utama yang menjasi pra syarat kepada perlaksanaan kerja secara berpasukan iaitu:

-CIRI | PASUKAN KERJA |
Ketua | Ketua sebagai fasilitator dan pebimbing pasukan |
Membuat keputusan | Persetujuan seluruh pasukan setelah maklumat diterima dan dinilai |
Matlamat | Matlamat ditentukan oleh pasukan |
Penentuan kerja | Pasukan merangcang penugasan kerja secara bersama |
Komunikasi | Komunikasi dua hala yang lebih terbuka dan telus |
Kerjasama | Anggota berkongsi kepakaran dalam menjadi pelengkap antara satu sama lain |
Hasil kerja | Hasil kerja berpasukan |
Penilaian | Prestasi di nilai secara kolektif |
Melalui kerja berpasukan, organisasi dapat meningkatkan hasil tanpa meningkatkan sumber kerana kerja berpasukan melibatkan gabungan usaha, pengatahuan, kemahiran dan kebolehan yang dapat menghasilkan prestasi kerja yang lebih tinggi berbanding jika dilakukan secara bersendirian. Lapan nilai2 utama yang menjasi pra syarat kepada perlaksanaan kerja secara berpasukan iaitu:
- Matlamat sama
- Tanggungjawab bersama
- Saling percaya mempercayai
- Berkongsi idea
- Saling bantu membantu
- Bertolak ansur
- Musyawarah
- Kerjasama
Sunday, 19 April 2015
Rezeki milik Kami SKBB...
19 April 2015
Bertempat di SKLKTP Jerangau, pertandingan Bola Tampar peringkat PKG telah dilaksanakan. Alhamdulillah, Sekolah Kebangsaan Bukit Besi telah mendapat Johan bagi kategori perempuan dan tempat ketiga bagi kategori lelaki. Berkat usaha gigih jurulatih dapat membuahkan hasil yang lumayan. Syabas diucapkan kepada murid-murid yang terlibat dan juga jurulatih-jurulatihnya serta warga SKBB yang tidak jemu-jemu menyokong dari belakang... Harapan kami semoga team ini teruskan usaha gigihmu untuk ke peringkat yang lebih mencabar iaitu peringkat Daerah....Selamat Maju Jaya....In sha Allah...Semoga Allah memberkati usaha murni ini...Amiiinnnn....

Tahniah...anda semua memang hebat.. |
syabas... |
Subscribe to:
Posts (Atom)