Followers

Monday, 25 May 2015

Selamat Menduduki Peperiksaan!

Selasa 26 Mei 2015

Asalamulaikum kepada semua pengunjung blog ini...Entry pagi ini.Selamat menjalani peperiksaan kepada semua murid-murid dari tahun 1 hingga tahun 6..Peperiksaan perengahan tahun ini diadakan bagi melihat peningkatan pelajaran murid-murid selama 5 bulan belajar...Markah dan keputusan akan diketahui bila buka penggal nanti....Cuti Pertengahan tahun bermula 29 Mei sehingga 13 Jun 2015..Harap murid-murid bersabar menunggu keputusan nanti....




Monday, 27 April 2015

Kem Membaca 1 Malaysia

Alhamdulillah.....21 - 23 April Selesai sudah KM1M pada kali ini..Terima kasih kepada pihak pentadbir, guru-guru dan semua kakitangan SKBB dalam mencapai objektif KM1M...Baru dapat update kerana kekangan masa...

Pelbagai aktiviti telah diadakan selama 3 hari ini. Di antaranya persembahan bercerita Bahasa Malayu, Bercerita Agama, Bacaan lancar Bahasa Inggeris, Action Song, Nasyid,Berbalas pantun Kuiz dan 5 Minit Bersama Buku selepas aktiviti PdP.

Dengan adanya program seperti ini, ianya dapat mencungkil dan mengasah bakat murid-murid yang terpendam contohnya dalam aktiviti bercerita, berbalas pantun dan sebagainya. Murid-murid  begitu teruja menyaksikan persembahan ini...

In Sha Allah di lain masa kita akan rancang aktiviti yang lebih mencabar kerana kita tahu murid-murid SKBB mampu malaksanakannya..

Monday, 20 April 2015

Kerja berpasukan...satu kemestian!

Selasa 21 April 2015

Salam Sejahtera..Berentry lagi di pagi ini.Topik yang ingin dibincangkan mengenai kerja berpasukan yang secara tidak langsung menjadi nadi utama dalam setiap organisasi yang ingin digerakkan. Tidak timbul siapa yang lebih kerja dan siapa yang kurang komitmen dalam tugasan yang diberikan. Peranan Ketua sebagai pemudahbicara dan perancang utama dilihat sebagai indikator yang utama dalam menentukan sesuatu program itu berjaya dirancangkan atau terbengkalai.

Secara ringkasnya kerja berpasukan merujuk kepada pekerja yang bekerja dalam satu kumpulan yang sering bekerjasama dan menjalankan tugas secara berganding bahu bagi mencapai matlamat pasukan. Sebuah pasukan terdiri daripada gabungan sebilangan individu yang mempunyai kompetensi yang saling bergantung iaitu dari segi keupayaan, kepakaran, kemahiran dan pengatahuan serta mempunyai akauntabiliti dan komitmen terhadap prestasi pasukan serta bersedia melaksanakan tugasan secara bersama. Antara ciri2 sebuah pasukan adalah:
-CIRI PASUKAN KERJA
Ketua Ketua sebagai fasilitator dan pebimbing pasukan
Membuat keputusan Persetujuan seluruh pasukan setelah maklumat diterima dan dinilai
Matlamat Matlamat ditentukan oleh pasukan
Penentuan kerja Pasukan merangcang penugasan kerja secara bersama
Komunikasi Komunikasi dua hala yang lebih terbuka dan telus
Kerjasama Anggota berkongsi kepakaran dalam menjadi pelengkap antara satu sama lain
Hasil kerja Hasil kerja berpasukan
Penilaian Prestasi di nilai secara kolektif















Melalui kerja berpasukan, organisasi dapat meningkatkan hasil tanpa meningkatkan sumber kerana kerja berpasukan melibatkan gabungan usaha, pengatahuan, kemahiran dan kebolehan yang dapat menghasilkan prestasi kerja yang lebih tinggi berbanding jika dilakukan secara bersendirian. Lapan nilai2 utama yang menjasi pra syarat kepada perlaksanaan kerja secara berpasukan iaitu:
  1. Matlamat sama
  2. Tanggungjawab bersama
  3. Saling percaya mempercayai
  4. Berkongsi idea
  5. Saling bantu membantu
  6. Bertolak ansur
  7. Musyawarah
  8. Kerjasama 
Justeru, penulis berharap melalui kerjasama secara dalam kumpulan mampu mewujudkan suasana kerja yang harmoni dan win-win situasion mampu diwujudkan. Peranan ketua kumpulan sebagai penggerak kepada ahli-ahli dalam organisasi menjadi penting dan berkesan sekiranya ketua tersebut faham dan tahu kedudukkannya sebagai ketua dalam halatuju organisasi mereka. Sikap ketua yang sombong,mendabik dada,dan beranggapan bahawa dia sahaja yang betul dan pandai tidak akan membawa kejayaan kepada organisasi yang dipimpinnya.

Sunday, 19 April 2015

Rezeki milik Kami SKBB...

19 April 2015



Bertempat di SKLKTP Jerangau, pertandingan Bola Tampar peringkat PKG telah dilaksanakan. Alhamdulillah, Sekolah Kebangsaan Bukit Besi telah mendapat Johan bagi kategori perempuan dan tempat ketiga bagi kategori lelaki. Berkat usaha gigih jurulatih dapat membuahkan hasil yang lumayan. Syabas diucapkan kepada murid-murid yang terlibat dan juga jurulatih-jurulatihnya serta warga SKBB yang tidak jemu-jemu menyokong dari belakang... Harapan kami semoga team ini teruskan usaha gigihmu untuk ke peringkat yang lebih mencabar iaitu peringkat Daerah....Selamat Maju Jaya....In sha Allah...Semoga Allah memberkati usaha murni ini...Amiiinnnn....
Tahniah...anda semua memang hebat..




syabas...