Followers

Showing posts with label rencana. Show all posts
Showing posts with label rencana. Show all posts

Monday, 20 April 2015

Kerja berpasukan...satu kemestian!

Selasa 21 April 2015

Salam Sejahtera..Berentry lagi di pagi ini.Topik yang ingin dibincangkan mengenai kerja berpasukan yang secara tidak langsung menjadi nadi utama dalam setiap organisasi yang ingin digerakkan. Tidak timbul siapa yang lebih kerja dan siapa yang kurang komitmen dalam tugasan yang diberikan. Peranan Ketua sebagai pemudahbicara dan perancang utama dilihat sebagai indikator yang utama dalam menentukan sesuatu program itu berjaya dirancangkan atau terbengkalai.

Secara ringkasnya kerja berpasukan merujuk kepada pekerja yang bekerja dalam satu kumpulan yang sering bekerjasama dan menjalankan tugas secara berganding bahu bagi mencapai matlamat pasukan. Sebuah pasukan terdiri daripada gabungan sebilangan individu yang mempunyai kompetensi yang saling bergantung iaitu dari segi keupayaan, kepakaran, kemahiran dan pengatahuan serta mempunyai akauntabiliti dan komitmen terhadap prestasi pasukan serta bersedia melaksanakan tugasan secara bersama. Antara ciri2 sebuah pasukan adalah:
-CIRI PASUKAN KERJA
Ketua Ketua sebagai fasilitator dan pebimbing pasukan
Membuat keputusan Persetujuan seluruh pasukan setelah maklumat diterima dan dinilai
Matlamat Matlamat ditentukan oleh pasukan
Penentuan kerja Pasukan merangcang penugasan kerja secara bersama
Komunikasi Komunikasi dua hala yang lebih terbuka dan telus
Kerjasama Anggota berkongsi kepakaran dalam menjadi pelengkap antara satu sama lain
Hasil kerja Hasil kerja berpasukan
Penilaian Prestasi di nilai secara kolektif















Melalui kerja berpasukan, organisasi dapat meningkatkan hasil tanpa meningkatkan sumber kerana kerja berpasukan melibatkan gabungan usaha, pengatahuan, kemahiran dan kebolehan yang dapat menghasilkan prestasi kerja yang lebih tinggi berbanding jika dilakukan secara bersendirian. Lapan nilai2 utama yang menjasi pra syarat kepada perlaksanaan kerja secara berpasukan iaitu:
  1. Matlamat sama
  2. Tanggungjawab bersama
  3. Saling percaya mempercayai
  4. Berkongsi idea
  5. Saling bantu membantu
  6. Bertolak ansur
  7. Musyawarah
  8. Kerjasama 
Justeru, penulis berharap melalui kerjasama secara dalam kumpulan mampu mewujudkan suasana kerja yang harmoni dan win-win situasion mampu diwujudkan. Peranan ketua kumpulan sebagai penggerak kepada ahli-ahli dalam organisasi menjadi penting dan berkesan sekiranya ketua tersebut faham dan tahu kedudukkannya sebagai ketua dalam halatuju organisasi mereka. Sikap ketua yang sombong,mendabik dada,dan beranggapan bahawa dia sahaja yang betul dan pandai tidak akan membawa kejayaan kepada organisasi yang dipimpinnya.

Friday, 17 April 2015

Budaya membaca..harus ditingkatkan!

Jumaat 17 April 2015

Salam Jumaat untuk semua...bersiaran lagi..Tajuk entri kali ini budaya membaca semakin dilupakan dan kurang mendapat sambutan dari rakyat Malaysia.Kajiselidik oleh Perpustakaan Negara Malaysia pada tahun 1996 dan 2005 kedua-duanya menunjukkan rakyat Malaysia secara purata hanya membaca dua buah buku setahun. Rakyat Jepun dan Perancis membaca 10 buku, manakala rakyat Amerika dan Kanada paling hadapan dengan 17 buku.Kurangnya tabiat membaca di kalangan rakyat Malaysia sememangnya membimbangkan. Golongan belia dan dewasa kini lebih menjerumus ke arah hedonisme dan hiburan berasaskan digital. Mereka tidak lagi menemukan keseronokan dalam membaca sebagai hobi di waktu lapang, jauh pula sebagai sumber hiburan. Akibatnya, hujah dan perbualan harian semakin tegar dinodai pandangan peribadi yang kurang berasas dengan kesahihan yang berpaksikan maklumat picisan dari Facebook dan Twitter.

Secara tuntasnya,Membaca ialah kaedah terpantas untuk memperolehi ilmu dan mendapatkan fakta. Secara langsung, membaca juga memperkukuh perbendaharaan kata dan penguasaan linguistik pembaca. Perolehan ilmu ini seterusnya dapat melatih kefasihan berbicara serta menambah fakta baru dan memperlengkapkan yang sedia ada. Pemikiran pembaca seterusnya dapat mempertajamkan kesedaran sivik, sosial, ekonomi, politik, sejarah dan isu-isu berbangkit masa kini.

Buku juga mampu membawa pembaca ke dimensi berbeza seterusnya melatih daya imaginasi kreatif serta perkembangan emosi EQ pembaca. Dimensi lain ini membawa pembaca menerokai pengalaman maya yang mungkin tidak dapat dirasai dalam kehidupan sehariannya, serta mencanangkan perspektif alternatif untuk melihat dunia melalui kacamata yang berbeza.

Hasrat murni ini harus diletakkan sebagai tanggungjawab bersama oleh setiap individu. Tabiat membaca mampu dan akan mengubah nasib negara kita. Marilah kita menerapkan budaya minat membaca di kalangan rakyat Malaysia, menggalakkan budaya cintakan ilmu, serta mempertingkat status sosio-ekonomi kita demi merealisasikan impian untuk sebuah Malaysia yang lebih baik ke arah kecemerlangan negara.