Followers

Thursday, 29 October 2015

Pemantauan Pusat Sumber Peringkat Negeri...


Khamis 29 Okt 2015

Salam Sejahtera kepada semua pengunjung blog ini. kita merasa begitu bertuah kerana telah dikunjungi oleh pegawai dari BTPTN dalam pemantauan Pusat Sumber sekolah untuk dipertandingkan di peringkat negeri. Proses pemantauan ini mengambil masa yang agak lama kerana prosedur yang lebih kepada penilaian item2 yang harus dipatuhi dan menepati kreateria yang disyorkan...Penglibatan dari unit Perpustakaan,Nilam, Bilik Bantu Mengajar, Blik SAL serta Makmal Komputer diambilkira dalam menilai dan diberi markah unjuran.Pegawai yang terlibat dari BTPTN ialah Tuan Haji Amir Bin Hamzah dan Puan Norihan Bt Mohamad selaku pegawai pemantauan di SKBB.

Dalam Ucapan Tuan Haji memberi jaminan bahawa penghakiman ini dijalankan bagi memastikan sekolah2 yang terpilih mampu membawa kejayaan kepada negeri Terengganu sebagai PSS terbaik peringkat Kebangsaan serta menjulang nama negeri Terengganu sebagai hud pendidikan berkualiti selarasnya Visi dan Misi KPM. Harapan kita selaku warga SKBB menanti khabar gembira itu dengan penuh debaran dan memastikan kerjabuat yang dijalankan menampakkan hasil yang positif.. Terima kasih yang tidak terhingga kepada Pn.Hajah Zaiton selaku GB yang sentiasa memberi sokongan,AJK PSS yang komited pada tugas yang diberikan...mereka yang diluar tabir..serta yang terlibat secara tidak langsung dalam memastikan PSS kita cemerlang di peringkat negeri...InsyaAllah.


Tuan Haji Amir ketika memantau blik BBM...


Sempat bergambar bersama-sama sebelum pemantauan dijalankan...

Sesi menemubual antara AJK PSS

Taklimat proses penilaian dijalankan...







Tuesday, 27 October 2015

Program Bulan Bahasa Peringkat Sekolah...

 Rabu 28 Okt.2015

 Assalamulaikum...dan salam sejahtera.Bersiaran lagi. Program Bulan Bahasa yang   dilancarkan pada setiap bulan Oktober menjadi salah satu program tahunan yang dilaksanakan di SK Bukit Besi sebagai medium dalam melahirkan murid-murid yang berbakat dalam pertuturan dan penulisan kreatif Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris bertetapan dengan  pelaksanaan MBMMBI yang dilaksanakan oleh KPM. Program Bulan Bahasa ini telah dirasmikan oleh Guru Besar SK Bukit Besi iaitu Pn.Hajah Zaiton Binti Mohd Yusoff dengan gimik pelancaran yang telah disempurnakan oleh AJK Program. Menurut Pengerusi Panitia Bahasa Melayu SKBB beliau mengucapkan terima kasih kepada semua ahli jawatankuasa  yang telah berkerja keras untuk melaksanakan program ini . Beliau juga meminta supaya setiap pelajar bertutur menggunakan bahasa yang baik kerana penggunaan bahasa yang baik bukan sahaja digunakan dalam masyarakat malah juga digunakan dalam Al-Quran.



Objektif pelancaran ini diadakan adalah untuk:

1. Melahirkan pelajar yang dapat menguasai Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeirs dengan cekap.
2.  Membimbing pelajar supaya dapat mengggunakan Bahasa Melayu dan Bahaasa Inggeris dalam pertuturan dan penulisan dengan cara yang kreatif.
3. Meningkatkan minat dan kemahiran penggunaan Bahasa Melayu dalam kalangan pelajar  tanpa mengira kaum dan penggunaan Bahasa Melayu di luar kelas.
4. Mencungkil bakat pelajar spaya dapat diketengahkan.


ATURCARA MAJLIS


7.30 Pagi   Pelajar berkumpul di dewan
7.40 Pagi Nyanyian Lagu Negaraku, Selamat Sultan, Lagu Sekolah
 7.50 pagi Bacaan Doa
 8.00 pagi Ucapan perasmian Guru Besar
 8.10 pagi Gimik PSS
 8.20 pagi Persembahan Lagu Tema Bulan Bahasa
 8.35 pagi Pertandingan mewarna
 8.40 pagi Pertandingan teka silangkata
 8.45 pagi Bersurai




  •  Pusat Sumber sekolah pula telah mengadakan beberapa aktiviti sempena pelancaran ini iaitu jualan buku, kempen menderma buku, pertandingan menulis essei, ulasan buku, kuiz bistari dan pengunjung bertuah.

Murid-murid tekun mewarna

Aktiviti stesen untuk murid menjawab teka silang kata


Majlis pelancaran dan gimik yang disempurnakan oleh Guru Besar




















Thursday, 22 October 2015

I THINK.. satu permulaan..

Khamis 22 Okt.2015

Assalamulaikum dan selamat sejahtera kepada semua pengunjung blog ini...Hari ini kita akan bincangkan apakah maksud i-think dan bagaimana program ini menjadi begitu penting kepada murid-murid.Program i-Think merupakan program yang bertujuan mempertingkat dan membudayakan kemahiran berfikir dalam kalangan murid ke arah menghasilkan murid berinovatif. Dapatan melalui kajian keperluan
(needs analysis) menunjukkan bahawa kemahiran berfikir aras tinggi
(higher order thinking skill – HOTS) dalam kalangan guru dan murid di Malaysia amat rendah.

Kenapa Diadakan Program i-THINK?

Dapatan pentaksiran antarabangsa (TIMSS dan PISA) mendapati kedudukan Malaysia semakin menurun dalam subjek bahasa, Sains dan Matematik. Kajian mendapati murid berpengetahuan, tetapi tidak tahu untuk mengaplikasikannya. Jadi pengenalan Program i-THINK ialah adalah bertujuan untuk  melahirkan modal insan masa depan yang mempunyai pemikiran kreatif, kritis dan inovatif serta memupuk kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) dan mampu berdaya saing.


Alat Berfikir Yang Diperkenalkan Dalam Program i-THINK

  
Guru boleh mempelbagaikan kaedah pdp dengan menggunakan peta minda sebagai bahan untuk murid-murid memahami isi kandungan dalam setiap subjek yang dipelajari dan bergantung kepada kreativiti guru untuk memilih peta minda yang paling sesuai digunakan untuk subjek yang diajar. 


Di bawah ini beberapa keping gambar yang sempat dirakamkan  penggunaan peta minda oleh murid-murid tahun 5 Zamrud dalam subjek Bahasa Inggeris.




Sir Farihan bersama murid-murid mempamerkan hasil kerja mereka