Followers

Thursday, 31 December 2015

Selamat Tahun Baru 2016...

Jumaat 1 Jan 2016

Salam Sejahtera. Moga dirahmati. Selamat menyambut tahun baharu 2016. Pejam celik kita dah melangkah ke tahun baru yang pastinya banyak aktiviti yang bakal menyusul...kita tinggalkan pengalaman...kenangan dan kerjabuat kita pada 2015 ...mana yang tidak sempat diupdate kita boleh lakukan semula kerana pada kita angka bukan penamat untuk tidak meneruskan kerja yang terbengkalai...yang penting semangat tahun baru...azam baru serta cita-cita yang terpadam seharusnya digerakkan semula demi perjuangan anak bangsa yang dahagakan ilmu...so Selamat tahun baharu 2016 jumpa anda di puncak kejayaan..

Jumaat 1 Jan 2016 Salam Sejahtera. Moga dirahmati. Selamat menyambut tahun baharu 2016. Pejam celik kita dah melangkah ke tahun baru yang pastinya banyak aktiviti yang bakal menyusul...kita tinggalkan pengalaman...kenangan dan kerjabuat kita pada 2015 ...mana yang tidak sempat diupdate kita boleh lakukan semula kerana pada kita angka bukan penamat untuk tidak meneruskan kerja yang terbengkalai...yang penting semangat tahun baru...azam baru serta cita-cita yang terpadam seharusnya digerakkan semula demi perjuangan anak bangsa yang dahagakan ilmu...so Selamat tahun baharu 2016 jumpa anda di puncak kejayaan..

Copy the BEST Traders and Make Money : http://bit.ly/fxzuluJUu
Jumaat 1 Jan 2016 Salam Sejahtera. Moga dirahmati. Selamat menyambut tahun baharu 2016. Pejam celik kita dah melangkah ke tahun baru yang pastinya banyak aktiviti yang bakal menyusul...kita tinggalkan pengalaman...kenangan dan kerjabuat kita pada 2015 ...mana yang tidak sempat diupdate kita boleh lakukan semula kerana pada kita angka bukan penamat untuk tidak meneruskan kerja yang terbengkalai...yang penting semangat tahun baru...azam baru serta cita-cita yang terpadam seharusnya digerakkan semula demi perjuangan anak bangsa yang dahagakan ilmu...so Selamat tahun baharu 2016 jumpa anda di puncak kejayaan..

Copy the BEST Traders and Make Money : http://bit.ly/fxzulu
Jumaat 1 Jan 2016 Salam Sejahtera. Moga dirahmati. Selamat menyambut tahun baharu 2016. Pejam celik kita dah melangkah ke tahun baru yang pastinya banyak aktiviti yang bakal menyusul...kita tinggalkan pengalaman...kenangan dan kerjabuat kita pada 2015 ...mana yang tidak sempat diupdate kita boleh lakukan semula kerana pada kita angka bukan penamat untuk tidak meneruskan kerja yang terbengkalai...yang penting semangat tahun baru...azam baru serta cita-cita yang terpadam seharusnya digerakkan semula demi perjuangan anak bangsa yang dahagakan ilmu...so Selamat tahun baharu 2016 jumpa anda di puncak kejayaan..

Copy the BEST Traders and Make Money : http://bit.ly/fxzulu

Pendaftaran murid-murid SKBB 2016...

Khamis 31 Dis.2015

Salam Sejahtera. Hari ini merupakan hari terakhir dalam bulan Disember bermakna esok kita akan menyambut tahun baru 2016. Hari ini semua murid dari pra sekolah sehingga ke tahun 6 ke sekolah untuk sesi pendaftaran untuk sesi 2016:

Tarikh                    : 31 Disember 2015
Hari                       : Khamis
Masa                     : 9.00 pagi hingga 11.30 Pagi
Tempat                  : Kelas masing-masing

  • Semua guru dan ibu bapa diminta hadir bagi memastikan perjalanan hari pendaftaran berjalan dengan lancar



Friday, 25 December 2015

Mesyaurat Guru kali pertama 2016...

25 Dis.2015

Salam Sejahtera. Moga kerjabuat kita dalam masa cuti ini dirahmati. Tugasan masa cuti cikgu ialah kelas tambahan kepada murid-murid tahap 2. Apa yang pasti sisa-sisa berbaki cuti persekolahan ini dirancakkan dengan pelbagai aktiviti menjelang sesi baru pesekolahan 2016. Seperti yang diwar2kan sebelum cuti panjang tentang mesyuarat awal tahun 2016 akan diadakan pada :


Tarikh:                           26 Disember 2015
Masa:                            8.30 Pagi
Hari:                              Sabtu
Tempat:                         Bilik Mesyuarat SK Bukit Besi
Kehadiran:                    Diwajibkan kepada semua guru





Monday, 23 November 2015

Selamat Bercuti Untuk semua...!

Isnin 23 Nov. 2015

Salam Sejahtera untuk semua....berentry lagi cuti sekolah akhir tahun sudah bermula.Bermakna semua guru dan murid bercuti selama sebulan setengah.Cuti yang cukup panjang dan pada masa yang sama bermula musim hujan pada kami di pantai timur.Apa yang pasti hujung tahun ni diadakan kelas cuti terancang bermula pada 20 Dis sehingga 23 Dis. Kelas yang terlibat tahun 4 dan tahun 5. YAHOO !!!SELAMAT BERCUTI moga cuti kali ini dimanfaatkan dengan perkara yang berfaedah.


Wednesday, 18 November 2015

UPSR...Tahniah pada yang berjaya!

Khamis 19 Nov.2015

Salam Sejahtera...moga dalam Nur Allah Taala jua....Keputusan UPSR telah selamat diumumkan.keputusanya juga sudah diketahui...pada yang berjaya mendapat 5A seramai 4 orang tahniah diucapkan. Seramai 7 orang mendapat 4A 1B. Apa yang pasti subjek Sains sekali lagi menjadi penyebab kepada bilangan strait A tidak seperti yang ditargetkan.Tetapi semangat dan kesungguhan guru-guru patut dipuji kerana telah berusaha sebaik mungkin. Kita cuma  merancang yang menentukan di luar bidang kuasa kita.Syabas dan tahniah kita ucapkan kepada yang berjaya dan yang tidak berjaya teruskan usaha untuk PT3 yang akan datang.InsyaAllah..



 

Hari Anugerah Cemerlang...Tahniah!

Rabu 18 Nov. 2015

Salam Sejahtera...moga kita dikurniakan kesihatan yang baik dan Rahmah Allah Taala jua...entry pagi ini biar pun agak lewat dengan kesibukkan masa guru ...tidak sempat untuk mengupdate blog pada masa dan tarikh yang tepat...apa-apa pun program sekolah tetap berjalan seperti yang dirancang. Perjalanan Hari Anugerah Cemerlang 2015 yang diadakan pada 16 Nov. hari Isnin selamat diadakan dengan lancar dan meriah perjalanannya. Seperti yang disebut oleh Phn Hajah Zaiton bahawa kesempurnaan sesebuah majlis bergantung kepada kerjasama yang erat dari para guru..Pisang Sesikat Susu sebelanga...tanda maufakat bersama-sama...Majlis ini dirasmikan oleh Yang Berhormat ADUN Bukit Besi  Yang Berbahagia Encik Rosli Daud. 


Wednesday, 11 November 2015

Log in Frog VLE..budaya pdp yang menyeronokkan...

Khamis 12 Nov.2015

Salam Sejahtera... bertemu kembali ..entry pagi ini penggunaan Frog Vle oleh murid-murid suatu pengalaman yang menyeronokkan dan memudahkan pdp guru dan memberi keseronokkan kepada murid-murid.
Apakah itu Frog VLE?

Bayangkan Frog sebagai satu rangkaian sosial untuk sekolah.

Persekitaran Pembelajaran Maya Frog (VLE) adalah satu sistem pembelajaran berasaskan web yang menyerupai dunia pembelajaran sebenar dengan mengintegrasikan konsep pendidikan konvensional dengan kaedah maya. Sebagai contoh, guru-guru dapat memberi tugasan, ujian dan menyemak tugasan secara maya, sementara pelajar dapat menghantar tugasan dan menyemak markah menerusi VLE. Ibu bapa boleh berkomunikasi dengan pihak sekolah manakala pentadbir sekolah boleh menguruskan kalendar sekolah dan mewar-warkan notis sekolah melalui Internet.

 Dengan VLE, pendidikan tidak lagi terbatas dalam bilik darjah tradisional. Pembelajaran boleh dilakukan di mana jua, pada bila-bila masa.Sistem Frog yang mudah digunakan ini membolehkan pelajar dan guru untuk menemui hampir segala-galanya di internet (video, gambar, bahan pendidikan) dan membinanya menjadi sebuah Laman yang menarik, tanpa memerlukan sebarang kepakaran teknikal. Frog VLE juga adalah gerbang kepada limpahan sumber pengajaran dan aplikasi hebat dari seluruh web, yang kesemuanya boleh diakses dalam persekitaran yang selamat dan telah ditapis.
Murid-murid sedang menukar dashboard masing2..

tekun log in Frog VLE

Sunday, 8 November 2015

Pemantauan Makmal Komputer..

Isnin 9 Nov.2015

Salam Sejahtera. Hari ini Sk Bukit Besi didatangi oleh pegawai dari pusat sumber negeri memantau perjalanan pusat sumber sekolah sebagai eviden dalam pertandingan  pusat sumber peringkat negeri Terengganu. Difahamkan banyak item2 yang dikenalpasti sebagai indikator dalam menentukan sekolah mampu memenuhi piawaian penilaian tersebut. Pegawai penilai ialah Tuan Haji Ahmad dari BTPNT. Semoga khabar gembira menanti warga SKBB dalam penilaian tersebut.Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua AJK kerana kerjasama dan kesungguhan dalam usaha murni mereka.


Tuan Hai Ahmad sedang mengumpul maklumat tentang pusat sumber sekolah

Thursday, 5 November 2015

Jamuan Akhir Tahun Pra Sekolah..Meriah!

Khamis 5 Nov.2015

Assalamulaikum dan salam sejahtera kepada semua.. moga dirahmati ...entry hari ini Program Jamuan Akhir Tahun dan sambutan Hari Lahir dari murid Pra sekolah telah diadakan di dewan orang ramai di Bukit Besi...Majlis gilang gemilang ini diserikan lagi dengan kehadiran para ibu bapa yang turut serta memeriahkan majlis tersebut. Sekalung tahniah juga diucapkan kepada semua AJK Pra sekolah kerana berjaya melakasanakan program ini dengan jaya.

Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Puan Hajah Zaiton. Dalam ucapan beliau mengingatkan kepada para ibu bapa bahawa anak2 adalah anugerah yang tidak ternilai harganya bergantung kepada ibu bapa untuk mencorakkan kehidupan mereka di masa hadapan di samping tunjukajar curu-guru yang tidak pernah jemu membimbing anak-anak pra agar menjadi insan yang terdidik dan dibanggakan.

Di samping jamuan dan kek yang dihidangkan...anak-anak pra ini juga menyertai acara sukaneka dan persembahan kebudayaan. majlis yang berlangsung pada awal pagi telah diserikan dengan pelbagai acara untuk ibu bapa dan majlis pemyampaian hadiah. Tahniah dan syabas kepada semua AJK yang terlibat serta pihak pengurusan yang turut serta memeriahkan program tersebut.


Ucapan dari Puan Guru Besar

Pelbagai aktiviti yang dijalankan..

 

Thursday, 29 October 2015

Pemantauan Pusat Sumber Peringkat Negeri...


Khamis 29 Okt 2015

Salam Sejahtera kepada semua pengunjung blog ini. kita merasa begitu bertuah kerana telah dikunjungi oleh pegawai dari BTPTN dalam pemantauan Pusat Sumber sekolah untuk dipertandingkan di peringkat negeri. Proses pemantauan ini mengambil masa yang agak lama kerana prosedur yang lebih kepada penilaian item2 yang harus dipatuhi dan menepati kreateria yang disyorkan...Penglibatan dari unit Perpustakaan,Nilam, Bilik Bantu Mengajar, Blik SAL serta Makmal Komputer diambilkira dalam menilai dan diberi markah unjuran.Pegawai yang terlibat dari BTPTN ialah Tuan Haji Amir Bin Hamzah dan Puan Norihan Bt Mohamad selaku pegawai pemantauan di SKBB.

Dalam Ucapan Tuan Haji memberi jaminan bahawa penghakiman ini dijalankan bagi memastikan sekolah2 yang terpilih mampu membawa kejayaan kepada negeri Terengganu sebagai PSS terbaik peringkat Kebangsaan serta menjulang nama negeri Terengganu sebagai hud pendidikan berkualiti selarasnya Visi dan Misi KPM. Harapan kita selaku warga SKBB menanti khabar gembira itu dengan penuh debaran dan memastikan kerjabuat yang dijalankan menampakkan hasil yang positif.. Terima kasih yang tidak terhingga kepada Pn.Hajah Zaiton selaku GB yang sentiasa memberi sokongan,AJK PSS yang komited pada tugas yang diberikan...mereka yang diluar tabir..serta yang terlibat secara tidak langsung dalam memastikan PSS kita cemerlang di peringkat negeri...InsyaAllah.


Tuan Haji Amir ketika memantau blik BBM...


Sempat bergambar bersama-sama sebelum pemantauan dijalankan...

Sesi menemubual antara AJK PSS

Taklimat proses penilaian dijalankan...







Tuesday, 27 October 2015

Program Bulan Bahasa Peringkat Sekolah...

 Rabu 28 Okt.2015

 Assalamulaikum...dan salam sejahtera.Bersiaran lagi. Program Bulan Bahasa yang   dilancarkan pada setiap bulan Oktober menjadi salah satu program tahunan yang dilaksanakan di SK Bukit Besi sebagai medium dalam melahirkan murid-murid yang berbakat dalam pertuturan dan penulisan kreatif Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris bertetapan dengan  pelaksanaan MBMMBI yang dilaksanakan oleh KPM. Program Bulan Bahasa ini telah dirasmikan oleh Guru Besar SK Bukit Besi iaitu Pn.Hajah Zaiton Binti Mohd Yusoff dengan gimik pelancaran yang telah disempurnakan oleh AJK Program. Menurut Pengerusi Panitia Bahasa Melayu SKBB beliau mengucapkan terima kasih kepada semua ahli jawatankuasa  yang telah berkerja keras untuk melaksanakan program ini . Beliau juga meminta supaya setiap pelajar bertutur menggunakan bahasa yang baik kerana penggunaan bahasa yang baik bukan sahaja digunakan dalam masyarakat malah juga digunakan dalam Al-Quran.



Objektif pelancaran ini diadakan adalah untuk:

1. Melahirkan pelajar yang dapat menguasai Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeirs dengan cekap.
2.  Membimbing pelajar supaya dapat mengggunakan Bahasa Melayu dan Bahaasa Inggeris dalam pertuturan dan penulisan dengan cara yang kreatif.
3. Meningkatkan minat dan kemahiran penggunaan Bahasa Melayu dalam kalangan pelajar  tanpa mengira kaum dan penggunaan Bahasa Melayu di luar kelas.
4. Mencungkil bakat pelajar spaya dapat diketengahkan.


ATURCARA MAJLIS


7.30 Pagi   Pelajar berkumpul di dewan
7.40 Pagi Nyanyian Lagu Negaraku, Selamat Sultan, Lagu Sekolah
 7.50 pagi Bacaan Doa
 8.00 pagi Ucapan perasmian Guru Besar
 8.10 pagi Gimik PSS
 8.20 pagi Persembahan Lagu Tema Bulan Bahasa
 8.35 pagi Pertandingan mewarna
 8.40 pagi Pertandingan teka silangkata
 8.45 pagi Bersurai




  •  Pusat Sumber sekolah pula telah mengadakan beberapa aktiviti sempena pelancaran ini iaitu jualan buku, kempen menderma buku, pertandingan menulis essei, ulasan buku, kuiz bistari dan pengunjung bertuah.

Murid-murid tekun mewarna

Aktiviti stesen untuk murid menjawab teka silang kata


Majlis pelancaran dan gimik yang disempurnakan oleh Guru Besar




















Thursday, 22 October 2015

I THINK.. satu permulaan..

Khamis 22 Okt.2015

Assalamulaikum dan selamat sejahtera kepada semua pengunjung blog ini...Hari ini kita akan bincangkan apakah maksud i-think dan bagaimana program ini menjadi begitu penting kepada murid-murid.Program i-Think merupakan program yang bertujuan mempertingkat dan membudayakan kemahiran berfikir dalam kalangan murid ke arah menghasilkan murid berinovatif. Dapatan melalui kajian keperluan
(needs analysis) menunjukkan bahawa kemahiran berfikir aras tinggi
(higher order thinking skill – HOTS) dalam kalangan guru dan murid di Malaysia amat rendah.

Kenapa Diadakan Program i-THINK?

Dapatan pentaksiran antarabangsa (TIMSS dan PISA) mendapati kedudukan Malaysia semakin menurun dalam subjek bahasa, Sains dan Matematik. Kajian mendapati murid berpengetahuan, tetapi tidak tahu untuk mengaplikasikannya. Jadi pengenalan Program i-THINK ialah adalah bertujuan untuk  melahirkan modal insan masa depan yang mempunyai pemikiran kreatif, kritis dan inovatif serta memupuk kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) dan mampu berdaya saing.


Alat Berfikir Yang Diperkenalkan Dalam Program i-THINK

  
Guru boleh mempelbagaikan kaedah pdp dengan menggunakan peta minda sebagai bahan untuk murid-murid memahami isi kandungan dalam setiap subjek yang dipelajari dan bergantung kepada kreativiti guru untuk memilih peta minda yang paling sesuai digunakan untuk subjek yang diajar. 


Di bawah ini beberapa keping gambar yang sempat dirakamkan  penggunaan peta minda oleh murid-murid tahun 5 Zamrud dalam subjek Bahasa Inggeris.




Sir Farihan bersama murid-murid mempamerkan hasil kerja mereka


Monday, 25 May 2015

Selamat Menduduki Peperiksaan!

Selasa 26 Mei 2015

Asalamulaikum kepada semua pengunjung blog ini...Entry pagi ini.Selamat menjalani peperiksaan kepada semua murid-murid dari tahun 1 hingga tahun 6..Peperiksaan perengahan tahun ini diadakan bagi melihat peningkatan pelajaran murid-murid selama 5 bulan belajar...Markah dan keputusan akan diketahui bila buka penggal nanti....Cuti Pertengahan tahun bermula 29 Mei sehingga 13 Jun 2015..Harap murid-murid bersabar menunggu keputusan nanti....




Monday, 27 April 2015

Kem Membaca 1 Malaysia

Alhamdulillah.....21 - 23 April Selesai sudah KM1M pada kali ini..Terima kasih kepada pihak pentadbir, guru-guru dan semua kakitangan SKBB dalam mencapai objektif KM1M...Baru dapat update kerana kekangan masa...

Pelbagai aktiviti telah diadakan selama 3 hari ini. Di antaranya persembahan bercerita Bahasa Malayu, Bercerita Agama, Bacaan lancar Bahasa Inggeris, Action Song, Nasyid,Berbalas pantun Kuiz dan 5 Minit Bersama Buku selepas aktiviti PdP.

Dengan adanya program seperti ini, ianya dapat mencungkil dan mengasah bakat murid-murid yang terpendam contohnya dalam aktiviti bercerita, berbalas pantun dan sebagainya. Murid-murid  begitu teruja menyaksikan persembahan ini...

In Sha Allah di lain masa kita akan rancang aktiviti yang lebih mencabar kerana kita tahu murid-murid SKBB mampu malaksanakannya..

Monday, 20 April 2015

Kerja berpasukan...satu kemestian!

Selasa 21 April 2015

Salam Sejahtera..Berentry lagi di pagi ini.Topik yang ingin dibincangkan mengenai kerja berpasukan yang secara tidak langsung menjadi nadi utama dalam setiap organisasi yang ingin digerakkan. Tidak timbul siapa yang lebih kerja dan siapa yang kurang komitmen dalam tugasan yang diberikan. Peranan Ketua sebagai pemudahbicara dan perancang utama dilihat sebagai indikator yang utama dalam menentukan sesuatu program itu berjaya dirancangkan atau terbengkalai.

Secara ringkasnya kerja berpasukan merujuk kepada pekerja yang bekerja dalam satu kumpulan yang sering bekerjasama dan menjalankan tugas secara berganding bahu bagi mencapai matlamat pasukan. Sebuah pasukan terdiri daripada gabungan sebilangan individu yang mempunyai kompetensi yang saling bergantung iaitu dari segi keupayaan, kepakaran, kemahiran dan pengatahuan serta mempunyai akauntabiliti dan komitmen terhadap prestasi pasukan serta bersedia melaksanakan tugasan secara bersama. Antara ciri2 sebuah pasukan adalah:
-CIRI PASUKAN KERJA
Ketua Ketua sebagai fasilitator dan pebimbing pasukan
Membuat keputusan Persetujuan seluruh pasukan setelah maklumat diterima dan dinilai
Matlamat Matlamat ditentukan oleh pasukan
Penentuan kerja Pasukan merangcang penugasan kerja secara bersama
Komunikasi Komunikasi dua hala yang lebih terbuka dan telus
Kerjasama Anggota berkongsi kepakaran dalam menjadi pelengkap antara satu sama lain
Hasil kerja Hasil kerja berpasukan
Penilaian Prestasi di nilai secara kolektif















Melalui kerja berpasukan, organisasi dapat meningkatkan hasil tanpa meningkatkan sumber kerana kerja berpasukan melibatkan gabungan usaha, pengatahuan, kemahiran dan kebolehan yang dapat menghasilkan prestasi kerja yang lebih tinggi berbanding jika dilakukan secara bersendirian. Lapan nilai2 utama yang menjasi pra syarat kepada perlaksanaan kerja secara berpasukan iaitu:
  1. Matlamat sama
  2. Tanggungjawab bersama
  3. Saling percaya mempercayai
  4. Berkongsi idea
  5. Saling bantu membantu
  6. Bertolak ansur
  7. Musyawarah
  8. Kerjasama 
Justeru, penulis berharap melalui kerjasama secara dalam kumpulan mampu mewujudkan suasana kerja yang harmoni dan win-win situasion mampu diwujudkan. Peranan ketua kumpulan sebagai penggerak kepada ahli-ahli dalam organisasi menjadi penting dan berkesan sekiranya ketua tersebut faham dan tahu kedudukkannya sebagai ketua dalam halatuju organisasi mereka. Sikap ketua yang sombong,mendabik dada,dan beranggapan bahawa dia sahaja yang betul dan pandai tidak akan membawa kejayaan kepada organisasi yang dipimpinnya.

Sunday, 19 April 2015

Rezeki milik Kami SKBB...

19 April 2015



Bertempat di SKLKTP Jerangau, pertandingan Bola Tampar peringkat PKG telah dilaksanakan. Alhamdulillah, Sekolah Kebangsaan Bukit Besi telah mendapat Johan bagi kategori perempuan dan tempat ketiga bagi kategori lelaki. Berkat usaha gigih jurulatih dapat membuahkan hasil yang lumayan. Syabas diucapkan kepada murid-murid yang terlibat dan juga jurulatih-jurulatihnya serta warga SKBB yang tidak jemu-jemu menyokong dari belakang... Harapan kami semoga team ini teruskan usaha gigihmu untuk ke peringkat yang lebih mencabar iaitu peringkat Daerah....Selamat Maju Jaya....In sha Allah...Semoga Allah memberkati usaha murni ini...Amiiinnnn....
Tahniah...anda semua memang hebat..




syabas...