Rabu 18 Nov. 2015
Salam Sejahtera...moga kita dikurniakan kesihatan yang baik dan Rahmah Allah Taala jua...entry pagi ini biar pun agak lewat dengan kesibukkan masa guru ...tidak sempat untuk mengupdate blog pada masa dan tarikh yang tepat...apa-apa pun program sekolah tetap berjalan seperti yang dirancang. Perjalanan Hari Anugerah Cemerlang 2015 yang diadakan pada 16 Nov. hari Isnin selamat diadakan dengan lancar dan meriah perjalanannya. Seperti yang disebut oleh Phn Hajah Zaiton bahawa kesempurnaan sesebuah majlis bergantung kepada kerjasama yang erat dari para guru..Pisang Sesikat Susu sebelanga...tanda maufakat bersama-sama...Majlis ini dirasmikan oleh Yang Berhormat ADUN Bukit Besi Yang Berbahagia Encik Rosli Daud.
Followers
Wednesday, 18 November 2015
Wednesday, 11 November 2015
Log in Frog VLE..budaya pdp yang menyeronokkan...
Khamis 12 Nov.2015
Salam Sejahtera... bertemu kembali ..entry pagi ini penggunaan Frog Vle oleh murid-murid suatu pengalaman yang menyeronokkan dan memudahkan pdp guru dan memberi keseronokkan kepada murid-murid.
Dengan VLE, pendidikan tidak lagi terbatas dalam bilik darjah tradisional. Pembelajaran boleh dilakukan di mana jua, pada bila-bila masa.Sistem Frog yang mudah digunakan ini membolehkan pelajar dan guru untuk menemui hampir segala-galanya di internet (video, gambar, bahan pendidikan) dan membinanya menjadi sebuah Laman yang menarik, tanpa memerlukan sebarang kepakaran teknikal. Frog VLE juga adalah gerbang kepada limpahan sumber pengajaran dan aplikasi hebat dari seluruh web, yang kesemuanya boleh diakses dalam persekitaran yang selamat dan telah ditapis.
Salam Sejahtera... bertemu kembali ..entry pagi ini penggunaan Frog Vle oleh murid-murid suatu pengalaman yang menyeronokkan dan memudahkan pdp guru dan memberi keseronokkan kepada murid-murid.
Apakah itu Frog VLE?
Bayangkan Frog sebagai satu rangkaian sosial untuk sekolah.
Persekitaran Pembelajaran Maya Frog (VLE) adalah satu sistem pembelajaran berasaskan web yang menyerupai dunia pembelajaran sebenar dengan mengintegrasikan konsep pendidikan konvensional dengan kaedah maya. Sebagai contoh, guru-guru dapat memberi tugasan, ujian dan menyemak tugasan secara maya, sementara pelajar dapat menghantar tugasan dan menyemak markah menerusi VLE. Ibu bapa boleh berkomunikasi dengan pihak sekolah manakala pentadbir sekolah boleh menguruskan kalendar sekolah dan mewar-warkan notis sekolah melalui Internet.Dengan VLE, pendidikan tidak lagi terbatas dalam bilik darjah tradisional. Pembelajaran boleh dilakukan di mana jua, pada bila-bila masa.Sistem Frog yang mudah digunakan ini membolehkan pelajar dan guru untuk menemui hampir segala-galanya di internet (video, gambar, bahan pendidikan) dan membinanya menjadi sebuah Laman yang menarik, tanpa memerlukan sebarang kepakaran teknikal. Frog VLE juga adalah gerbang kepada limpahan sumber pengajaran dan aplikasi hebat dari seluruh web, yang kesemuanya boleh diakses dalam persekitaran yang selamat dan telah ditapis.
![]() |
Murid-murid sedang menukar dashboard masing2.. |
![]() |
tekun log in Frog VLE |
Sunday, 8 November 2015
Pemantauan Makmal Komputer..
Isnin 9 Nov.2015
Salam Sejahtera. Hari ini Sk Bukit Besi didatangi oleh pegawai dari pusat sumber negeri memantau perjalanan pusat sumber sekolah sebagai eviden dalam pertandingan pusat sumber peringkat negeri Terengganu. Difahamkan banyak item2 yang dikenalpasti sebagai indikator dalam menentukan sekolah mampu memenuhi piawaian penilaian tersebut. Pegawai penilai ialah Tuan Haji Ahmad dari BTPNT. Semoga khabar gembira menanti warga SKBB dalam penilaian tersebut.Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua AJK kerana kerjasama dan kesungguhan dalam usaha murni mereka.

Tuan Hai Ahmad sedang mengumpul maklumat tentang pusat sumber sekolah |
Thursday, 5 November 2015
Jamuan Akhir Tahun Pra Sekolah..Meriah!
Khamis 5 Nov.2015
Assalamulaikum dan salam sejahtera kepada semua.. moga dirahmati ...entry hari ini Program Jamuan Akhir Tahun dan sambutan Hari Lahir dari murid Pra sekolah telah diadakan di dewan orang ramai di Bukit Besi...Majlis gilang gemilang ini diserikan lagi dengan kehadiran para ibu bapa yang turut serta memeriahkan majlis tersebut. Sekalung tahniah juga diucapkan kepada semua AJK Pra sekolah kerana berjaya melakasanakan program ini dengan jaya.
Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Puan Hajah Zaiton. Dalam ucapan beliau mengingatkan kepada para ibu bapa bahawa anak2 adalah anugerah yang tidak ternilai harganya bergantung kepada ibu bapa untuk mencorakkan kehidupan mereka di masa hadapan di samping tunjukajar curu-guru yang tidak pernah jemu membimbing anak-anak pra agar menjadi insan yang terdidik dan dibanggakan.
Di samping jamuan dan kek yang dihidangkan...anak-anak pra ini juga menyertai acara sukaneka dan persembahan kebudayaan. majlis yang berlangsung pada awal pagi telah diserikan dengan pelbagai acara untuk ibu bapa dan majlis pemyampaian hadiah. Tahniah dan syabas kepada semua AJK yang terlibat serta pihak pengurusan yang turut serta memeriahkan program tersebut.
![]() |
Ucapan dari Puan Guru Besar |
![]() |
Pelbagai aktiviti yang dijalankan.. |
Thursday, 29 October 2015
Pemantauan Pusat Sumber Peringkat Negeri...
Khamis 29 Okt 2015
Salam Sejahtera kepada semua pengunjung blog ini. kita merasa begitu bertuah kerana telah dikunjungi oleh pegawai dari BTPTN dalam pemantauan Pusat Sumber sekolah untuk dipertandingkan di peringkat negeri. Proses pemantauan ini mengambil masa yang agak lama kerana prosedur yang lebih kepada penilaian item2 yang harus dipatuhi dan menepati kreateria yang disyorkan...Penglibatan dari unit Perpustakaan,Nilam, Bilik Bantu Mengajar, Blik SAL serta Makmal Komputer diambilkira dalam menilai dan diberi markah unjuran.Pegawai yang terlibat dari BTPTN ialah Tuan Haji Amir Bin Hamzah dan Puan Norihan Bt Mohamad selaku pegawai pemantauan di SKBB.
Dalam Ucapan Tuan Haji memberi jaminan bahawa penghakiman ini dijalankan bagi memastikan sekolah2 yang terpilih mampu membawa kejayaan kepada negeri Terengganu sebagai PSS terbaik peringkat Kebangsaan serta menjulang nama negeri Terengganu sebagai hud pendidikan berkualiti selarasnya Visi dan Misi KPM. Harapan kita selaku warga SKBB menanti khabar gembira itu dengan penuh debaran dan memastikan kerjabuat yang dijalankan menampakkan hasil yang positif.. Terima kasih yang tidak terhingga kepada Pn.Hajah Zaiton selaku GB yang sentiasa memberi sokongan,AJK PSS yang komited pada tugas yang diberikan...mereka yang diluar tabir..serta yang terlibat secara tidak langsung dalam memastikan PSS kita cemerlang di peringkat negeri...InsyaAllah.
![]() |
Tuan Haji Amir ketika memantau blik BBM... |
![]() |
Sempat bergambar bersama-sama sebelum pemantauan dijalankan... |
![]() |
Sesi menemubual antara AJK PSS |
![]() | ||||||||||
Taklimat proses penilaian dijalankan... |
Tuesday, 27 October 2015
Program Bulan Bahasa Peringkat Sekolah...
Rabu 28 Okt.2015
Assalamulaikum...dan salam sejahtera.Bersiaran lagi. Program Bulan Bahasa yang dilancarkan pada setiap bulan Oktober menjadi salah satu program tahunan yang dilaksanakan di SK Bukit Besi sebagai medium dalam melahirkan murid-murid yang berbakat dalam pertuturan dan penulisan kreatif Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris bertetapan dengan pelaksanaan MBMMBI yang dilaksanakan oleh KPM. Program Bulan Bahasa ini telah dirasmikan oleh Guru Besar SK Bukit Besi iaitu Pn.Hajah Zaiton Binti Mohd Yusoff dengan gimik pelancaran yang telah disempurnakan oleh AJK Program. Menurut Pengerusi Panitia Bahasa Melayu SKBB beliau mengucapkan terima kasih kepada semua ahli jawatankuasa yang telah berkerja keras untuk melaksanakan program ini . Beliau juga meminta supaya setiap pelajar bertutur menggunakan bahasa yang baik kerana penggunaan bahasa yang baik bukan sahaja digunakan dalam masyarakat malah juga digunakan dalam Al-Quran.
Objektif pelancaran ini diadakan adalah untuk:
1. Melahirkan pelajar yang dapat menguasai Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeirs dengan cekap.
2. Membimbing pelajar supaya dapat mengggunakan Bahasa Melayu dan Bahaasa Inggeris dalam pertuturan dan penulisan dengan cara yang kreatif.
3. Meningkatkan minat dan kemahiran penggunaan Bahasa Melayu dalam kalangan pelajar tanpa mengira kaum dan penggunaan Bahasa Melayu di luar kelas.
4. Mencungkil bakat pelajar spaya dapat diketengahkan.
ATURCARA MAJLIS

7.30 Pagi | Pelajar berkumpul di dewan |
7.40 Pagi | Nyanyian Lagu Negaraku, Selamat Sultan, Lagu Sekolah |
7.50 pagi | Bacaan Doa |
8.00 pagi | Ucapan perasmian Guru Besar |
8.10 pagi | Gimik PSS |
8.20 pagi | Persembahan Lagu Tema Bulan Bahasa |
8.35 pagi | Pertandingan mewarna |
8.40 pagi | Pertandingan teka silangkata |
8.45 pagi | Bersurai |
- Pusat Sumber sekolah pula telah mengadakan beberapa aktiviti sempena pelancaran ini iaitu jualan buku, kempen menderma buku, pertandingan menulis essei, ulasan buku, kuiz bistari dan pengunjung bertuah.
![]() |
Murid-murid tekun mewarna |
![]() |
Aktiviti stesen untuk murid menjawab teka silang kata |
![]() |
Majlis pelancaran dan gimik yang disempurnakan oleh Guru Besar |
Thursday, 22 October 2015
I THINK.. satu permulaan..
Khamis 22 Okt.2015
Assalamulaikum dan selamat sejahtera kepada semua pengunjung blog ini...Hari ini kita akan bincangkan apakah maksud i-think dan bagaimana program ini menjadi begitu penting kepada murid-murid.Program i-Think merupakan program yang bertujuan mempertingkat dan
membudayakan kemahiran berfikir dalam kalangan murid ke arah
menghasilkan murid berinovatif. Dapatan melalui kajian keperluan
(needs analysis) menunjukkan bahawa kemahiran berfikir aras tinggi
(higher order thinking skill – HOTS) dalam kalangan guru dan murid di Malaysia amat rendah.
(needs analysis) menunjukkan bahawa kemahiran berfikir aras tinggi
(higher order thinking skill – HOTS) dalam kalangan guru dan murid di Malaysia amat rendah.
Kenapa Diadakan Program i-THINK?
Dapatan pentaksiran antarabangsa (TIMSS dan PISA) mendapati kedudukan Malaysia semakin menurun dalam subjek bahasa, Sains dan Matematik. Kajian mendapati murid berpengetahuan, tetapi tidak tahu untuk mengaplikasikannya. Jadi pengenalan Program i-THINK ialah adalah bertujuan untuk melahirkan modal insan masa depan yang mempunyai pemikiran kreatif, kritis dan inovatif serta memupuk kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) dan mampu berdaya saing.
Alat Berfikir Yang Diperkenalkan Dalam Program i-THINK
Guru boleh mempelbagaikan kaedah pdp dengan menggunakan peta minda sebagai bahan untuk murid-murid memahami isi kandungan dalam setiap subjek yang dipelajari dan bergantung kepada kreativiti guru untuk memilih peta minda yang paling sesuai digunakan untuk subjek yang diajar.
Di bawah ini beberapa keping gambar yang sempat dirakamkan penggunaan peta minda oleh murid-murid tahun 5 Zamrud dalam subjek Bahasa Inggeris.
![]() |
Sir Farihan bersama murid-murid mempamerkan hasil kerja mereka |
Monday, 25 May 2015
Selamat Menduduki Peperiksaan!
Selasa 26 Mei 2015
Asalamulaikum kepada semua pengunjung blog ini...Entry pagi ini.Selamat menjalani peperiksaan kepada semua murid-murid dari tahun 1 hingga tahun 6..Peperiksaan perengahan tahun ini diadakan bagi melihat peningkatan pelajaran murid-murid selama 5 bulan belajar...Markah dan keputusan akan diketahui bila buka penggal nanti....Cuti Pertengahan tahun bermula 29 Mei sehingga 13 Jun 2015..Harap murid-murid bersabar menunggu keputusan nanti....

Subscribe to:
Posts (Atom)